Ahad, 27 November 2011

3 elemen

Akal, Hati dan Nafsu

Akal-Perbendaharaan hidup. Memberi nasihat berdasarkan ilmu dan corak pemikiran.
Hati-RAja. Memberi kemahuan dan kecenderungan terhadap sesuatu. Menggerakkan ke arah tindakan yang berterusan
Nafsu- Perlu untuk pengawalan. Supaya melakukan sesuatu berdasarkan ilmu dan kemahuan sebenar supaya ianya konsisten dan tidak tersimpang.

Ahad, 20 November 2011

Maybank

So kali ini aku nak cerita mengenai kerja pertama aku di dunia pekerjaan selepas graduasi daripada Degree kat Universiti!

Setelah cuti berapa bulan entah, akhirnya aku pon decide untuk apply kerja kerana terlalu bosan dah asek makan,tidur, berak setiap hari.

Selepas seminggu, tiba-tiba Maybank call dan suruh attend inteview. Selepas inteview, buat medical checkup dan 2 minggu kemudian aku pon masuk kerja!! wuut3!

So jawatan aku: Executive
di bahagian Non-Traded Risk, Market Risk Management

Selama 2 minggu pertama ni, bos aku suruh aku baca buku je. Buku pasal understanding the concept and policy of our department, the bank, and regulation of Bank Negara. Sounds boring huh?? dah korang xminat lantak korang ah. haha

So, antara update2 yang menarik yang aku baru taw adalah Malayan Bank(Maybank) ni adalah bank terbesar and bank nombor 1 kat Malaysia oh!

ada cawangan merata dunia, dan terbahagi pada dua: Konvensyional dan Islamic. DAn cam aku kene manage sume Risk2 kat seluruh cawangan maybank tu ah.



Next, Aku ada join Certificate Islamic Banking and Finance anjuran Kelab Rangsangan Selangor.
Cikgu kelas ni Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang femes gak ah dalam dunia kewangan Islam di Malaysia ni.
Kelas seryes menarek and tadi ni baru je habis kelas ke 3.


Next, tentang aktviti hujung minggu not much. selalu komitmen aku dua je; family and kawan2 Kisas.

Kawan2 SmkaKs ade gak tapi tggu event je lah. KAwan Drake cam vo tu ok jek aku nak lepak2. yang laen jauh then yang pompuan mmg aku malas lah nak contact.

Sport atau outdoor aktiviti memang dah takd langsung gak ah dek kerana kecacatan yang tah bile nak sembuh ni. huhu
sekian update drpd saya!


:D

Jumaat, 19 Ogos 2011

Living A life With Your Heart

So Kali ini aku nak share beberapa kisah terbaru, yang aku dapat daripada orang sekitar aku tentang pencarian kerja dalam kehidupan. Aku akan includekan beberapa pengajaran dan beberapa kata-kata hikmat yang menarik oleh mereka-mereka tersebut.



"I was in Al-Azhar University in Egypt learning about Pharmacy for several years. It was only about one or two years until graduation that I got the Visa to enter this Country. It was either the choice to finish my studies in Pharmacy or going to America living the American Dreams. I chose to come here. life was hard and my father and family came later after me. I came here and studied in Drake for couple of years until I realize that that was not what i wanted to do. I was studying in Al-Azhar back then was because in Egypt, if you don't have any degree or study certificate you would just be a cleaner or work like a nobody as that was how the system in Egypt was. After stop school, I took up this job now and I love it, now i have a great life. Married, love my sons and daughter, the pay is good and I can work anytime I want. When choosing what you want to do, always trust yourself and love what you do"
-Abdul Hakeem

"I had everything I could possibly want in my life since I was little. Everyone in the South East Asia have heard about my father's name and our house was next to the Palace in Laos. My father was the great political advisor of the country and there was lots of name in letters and portrait in my house. I did not recognize any of it until I went to high school and learn the world history. All those names were easily recognized by me and they had always been my father's friend. I knew all the Royal grandchildren and political power and my family was quite powerful in Laos. If I were to go back there, 1/5 of the country land are own by my family an I could be whoever I wanna become. I've experienced and seen many things, living on the street and do countless of works. But here, this is what I wanted. Everything you do, always follow your heart(while tapping his left chest), It was always here that it counts. You become what you want to be"
-Hoshi Sushi Owner


Ok so sekarang aku nak cerita serba sedikit mengenai orang yang memberi speech2 berikut.

Orang pertama adalah Abdul Hakeem iaitu anak sedare kepada Landlord Rumah Agam ni. Dia merupakan seorang sub-kontraktor dan dialah yang melakukan semua kerja baik pulih dan pembaikan setiap kerosakan di rumah aku ni.

Orang kedua adalah tokey kedai Hoshi Sushi yang aku selalu makan masa lapar-lapar. Tadi dia belanja aku makan Sushi satu platter besar harga 60 dollar kot. Makan free sebab aku dah graduate dan tu antara pesanan akhir dia lah.


I have several things that I would like to say about their last reminder to me:

1- They both lead their life based on the background of their world surrounding and had experienced a lot, only until some point in life that they decided that they have something more that they need to search
2- They both ended up leaving things they had for things that they are passionate about and try their best in life
3- They lead a happy life full of satisfaction doing what they wanna do and not what other people told them to do.
4- I think I gotta start searching for something that I really am passionate about and produce good results based on how I perceive is the best about the world.

V_o'o_V
PEace no WAr!

Sabtu, 13 Ogos 2011

is it true?

‎10 SINS AGAINST HUMANITY

Politics without (noble) Principles

Wealth without (honest) Work

Enjoyment without (clear) Conscience

Knowledge without (sound) Character

Business without (ethical) Morality

Science without (adequate) Humanity

Religion without (loving) Compassion

Rights without (adequate) Responsibility

Power without (transparent) Accountability

Development without (reliable) Sustainability

Selasa, 2 Ogos 2011

Makhluk Ghaib

Link: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3282.html

Persoalan tentang perkara-perkara ghaib seperti jin dan bunian merupakan salah satu perkara yang dikategorikan sebagai perbincangan keagamaan di kaca mata masyarakat kita.
Saban hari kita kerap dipaparkan dengan tajuk-tajuk rencana di majalah-majalah berkenaan persoalan yang bersekitar dengan tajuk ini. Kisah anak manusia yang berbapakan orang bunian, kisah mereka yang sesat di dalam hutan dan berjumpa dengan perkampungan bunian, kisah mereka yang dirasuk Syaitan, dan kisah mereka yang bersahabat dengan jin. Bagaimana pandangan al-Quran dan Sunnah berkenaan hal-hal ini?
Oleh itu, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk cuba meleraikan untaian benang perihal-perihal ini, agar dapat kita ketahui betapa lemahnya tipu daya Syaitan itu, namun bagaimana ramai di antara kita yang tertipu dengan mereka.
1) Iblis/ Lucifer
Siapakah Iblis, dan apakah itu Syaitan? Adakah Jin dan Syaitan itu jenis makhluk yang berbeza? Benarkah Iblis itu suatu ketika dahulu adalah dari kalangan Malaikat?
Hakikatnya, perkataan Syaitan itu sendiri bermaksud 'yang ingkar', maka dinamakan Syaitan kerana Iblis ingkar kepada Allah agar sujud kepada Adam. Di dalam al-Quran, jelas Allah S.W.T ada berfirman: "Kami berfirman kepada para Malaikat 'sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka semua bersujud, melainkan Iblis, dan Iblis itu dari kalangan Jin" -Surah al-Kahfi ayat 50.
Dengan wujudnya dalil ini maka tidak perlu lagi kita persoalkan lagi adakah Iblis itu dari kalangan Malaikat ataupun Jin kerana telah jelas disebutkan bahawa Iblis adalah Jin.
Oleh itu, dari manakah asal kata-kata bahawa Iblis itu pada asalnya adalah seorang Malaikat? Terdapat dua sumber berbeza daripada pendapat ini:
i) Tafsiran "maka mereka semua sujud, melainkan Iblis". Maka ada yang mengambil pengertian ayat ini bahawa Iblis itu dari kalangan Malaikat. Ini adalah tafsiran yang tidak menyeluruh dan dibuat tanpa penelitian, kerana ayat 50 dari surah al-Kahfi di atas telah menyebut dengan jelas tentang perihal ini.
ii) Riwayat Israiliyyat, iaitu riwayat dan pandangan dari ahli kitab, samada dari Yahudi atau Kristian. Orang-orang Kristian meyakini bahawa Iblis itu adalah dari kalangan Malaikat yang dibuang Allah S.W.T dari Syurga. Maka riwayat ini telah memberikan kesan kepada sebahagian umat Islam.
2) Syaitan
Seperti yang penulis nyatakan tadi, perkataan Syaitan itu sendiri bermaksud 'yang ingkar', maka dinamakan Syaitan bagi mereka yang ingkar kepada Allah, samada dari kalangan manusia ataupun Jin.
Firman Allah S.W.T : "Dan begitulah kami telah jadikan bagi setiap nabi itu musuh (iaitu) Syaitan-Syaitan dari kalangan Manusia dan Jin, mereka memberikan ilham kepada satu sama lain" - Surah al-An'am, ayat 112.
Maka jelas di sini, Jin dan Syaitan itu bukanlah makhluk dari jenis yang lain, bahkan sama. Ternyata juga bahawa daripada golongan manusia juga ada Syaitan. Namun, bukan setiap Jin itu Syaitan, sebagaimana bukan kesemua manusia adalah Syaitan.
Maka Syaitan sebagaimana yang difahami msyarakat kita, adalah pada hakikatnya Jin yang bersifat jahat, sebagaimana manusia yang bersifat jahat juga layak digelar sebagai Syaitan.
3) Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia (?)
Ini juga merupakan dakwaan yang tidak berasas dan tidak bersumberkan khabar dari Rasulullah S.A.W sedangkan Baginda S.A.W adalah manusia yang paling arif tentang perkara ghaib. Bahkan hadis daripada Baginda S.A.W menunjukkan hal yang bertentangan dengan apa yang kita fahami. Cuba kita lihatkan dengan teliti.
Sewaktu Rasulullah S.A.W menyampaikan surah ar-Rahman kepada para sahabat, di dalam surah ini terdapat pengulangan ayat "Maka dengan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Para sahabat semua terdiam mendengar bacaan Rasulullah S.A.W. Setelah selesai membacakan surah tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda "Sewaktu aku membacakan surah ini kepada golongan Jin, setiap kali sampai pada ayat 'maka dengan nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kamu dustakan?,' para jin akan menjawab "Ya Allah ya tuhan kami, tiada satupun dari nikmat-Mu, yang kami dustakan, maka bagi Engkaulah segala pujian." Mengapa kalian semua cuma berdiam diri? Jin nampaknya lebih baik daripada kalian."
Tambahan pula, sejahat-jahat manusia di dunia ini adalah Firaun, kerana dia mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan, "Maka dia (Firaun) berkata 'Akulah tuhanmu yang tertinggi, sembahlah aku!" Pernahkah kita mendengar dakwaan dari mana-mana Jin bahawa dirinya adalah Tuhan, samada dari riwayat al-Quran atau hadis yang sahih...? Sama sekali tidak pernah, oleh itu jauh sekali jika ingin mendakwa bahawa sebaik-baik Jin adalah setaraf dengan Firaun! Sungguh tidak adil bagi kita untuk menilai Jin sedemikian rupa.
Penulis juga ingin kongsikan di sini kata-kata para Jin ketika mereka di-Islamkan oleh Rasulullah S.A.W dan kisah ini telah diceritakan oleh l-Quran di dalam surah al-Jin.
"Katakanlah (hai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan Jin telah mendengar (al-Quran) maka mereka berkata 'sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran dengan penuh takjub. Dia (al-Quran) menunjuk ke arah kebenaran maka kami beriman kepadanya, dan sekali-kali tidak akan kami berlaku syirik kepada Allah. Dan bahawasanya Maha Suci tuhan kami, Dia tiada isteri dan tiada pula anak. Dan telah berkata orang-orang yang bodoh dari kalangan kami kepada Allah perkara-perkara yang melampau. Dan kami menyangka sebelum ini bahawa manusia dan Jin tidak akan berkata bodoh berkenaan Allah. Dan adalah orang dari kalangan manusia memohon perlindungan dari kalangan Jin, Maka Jin itu cuma menambahkan kesesatannya. Dan sesungguhnya dari kalangan kami ada yang soleh, dan ada juga yang selain itu, adalah di antara kami mengikuti jalan yang berbeza. (ertinya ada yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dan ada yang kufur dan maksiat kepada Allah, sama seperti manusia)."
Perhatikan bahawa al-Quran menyaksikan kepada kita hakikat Jin yang sebenarnya, bahawa mereka ada yang soleh, Islam, dan ada juga yang kufur dan maksiat kepada Allah. Maka Jin itu sama sahaja taraf keimanannya dengan manusia. Perhatikan juga ke manakah arah tuju seseorang itu jika dia memohon perlindungan kepada Jin, iaitu dia cuma menuju arah kesesatan di dalam syirik kepada Allah. Ini kerana ikrar kita saban hari di dalam surah al-Fatihah, "Hanya kepada Engkaulah kami tujukan segala bentuk ibadah kami, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."
Adapun memohon pertolongan dari manusia, maka itu bukanlah termasuk di dalam syirik. Kata Imam az-Zahabi, syirik itu cuma terjadi apabila kita memohon kepada yang ghaib selain dari Allah S.W.T.
4) Bunian.
Terdapat satu kaum pada zaman Rasulullah S.A.W, yang mana mereka merupakan kaum yang sangat miskin. Suatu hari mereka mengetahui bahawa Rasulullah S.A.W akan datang menziarahi mereka di kampung halaman mereka, sedangkan mereka tidak mempunyai makanan yang lazat untuk dihidangkan kepada Baginda. Lalu mereka memutuskan untuk menyembelih kucing, dan mereka berbuat demikian. Sesampainya Rasulullah S.A.W di kampung tersebut dan dihidangkan lauk kucing tersebut, Rasulullah S.A.W marah dengan perbuatan mereka, kerana kucing itu haram dimakan, malahan kucing merupakan binatang kesayangan Nabi S.A.W. Lalu mereka semua berasa malu dengan kesalahan mereka, dan mereka meminta agar Rasulullah S.A.W berdoa kepada Allah, agar mereka dan keturunan mereka tidak dapat dilihat oleh manusia lain. Maka Rasulullah S.A.W mendoakan mereka, lalu kabullah doa Rasulullah. Itulah dia asal keturunan bunian yang wujud sehingga kini.
Ini merupakan kisah yang masyhur di kalangan masyarakat kita, dan kisah ini disandarkan kepada Rasulullah, iaitu dianggap sebagai hadis. Cuma sahaja kisah ini tidak pernah didatangkan sebagai hadis yang sahih, malahan tidak ada satu pun buku-buku hadis yang mengeluarkan hadis ini dengan sanad (rangkaian perawi hadis) yang sahih, atau langsung mengemukakan sanadnya. Oleh sebab itu, kisah ini bukanlah kisah yang sahih dan boleh diambil kira.
Pada hakikatnya, dua makhluk yang Allah ciptakan di bumi untuk beribadah kepada Allah cumalah Jin dan manusia, dan tiada selain dari itu. Segala kisah kampung halaman, bau orang memasak di dalam hutan dan sebagainya, hanyalah tipu helah Jin yang jahat bagi menyesatkan manusia, dan mengelirukan manusia tentang perihal yang tidak mereka ketahui.
Penulis juga ingin menyentuh di sini berkenaan kes-kes bayi yang dilahirkan tidak berbapa, lalu si ibu mendakwa bahawa anaknya itu merupakan hasil dari perkongsian hidupnya dengan orang bunian. Bolehkah begitu?
Pertama sekali, kemungkinan terjadinya perkara ini sudahpun diambil kira oleh seorang ulama' silam yang sangat 'alim dan terkenal, iaitu Imam Malik ibnu Anas Rahimahullah, guru kepada Imam Syafi'e Rahimahulah. Kata Imam Malik, andai kata benarlah perkahwinan di antara Jin yang ghaib itu dengan manusia boleh terjadi, maka huru-haralah dunia ini. Lahirkan sahaja anak zina, dan dakwa sahaja itu anak Jin, maka terlepaslah dia dari hukum zina!
Penulis benar-benar berasa kagum dengan kepintaran dan betapa majunya pemikiran Imam Malik, perkara ini disebutkannya 1200 tahun yang lepas, dan kini perkara inilah yang sebenarnya sedang terjadi sekarang! Astagfirullahalazim!
Tambahan pula, di dalam ilmu fiqh undang-undang, terdapat tiga cara bagaimana boleh jatuhnya pensabitan kesalahan zina, iaitu:-

i) Dari penyaksian empat orang saksi yang adil.
ii)Dari pengakuan si penzina itu sendiri, dan
iii) Dari kelahiran bayi tanpa adanya seorang bapa
Terkilan rasa hati penulis, bagaimana sesetengah pejabat-pejabat agama, yang terdiri dari kalangan orang-orang yang terpelajar di dalam ilmu syari'ah, tetapi masih lagi boleh percaya dan melepaskan wanita-wanita yang melahirkan anak tanpa bapa itu (yang berzina. Bukan yang dirogol) Subhanallah. Benar sekali kata-kata Imam Malik di atas.
Kedua, percantuman di antara manusia dan jin itu sendiri adalah mustahil, hatta di kaca mata sains moden. Api sama sekali tidak boleh bergabung dengan tanah, bahkan api cuma membakar apa-apa yang disentuhnya.
Demikian sahaja yang dapat dikongsi penulis kali ini. Mudah-mudahan ada yang boleh diambil sebagai faedah dan mendatangkan ilmu yang baru.
Ya Allah... kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan Syaitan yang direjam, dan kami berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan makhluk yang telah Kau ciptakan.
Ya Allah... kurniakanlah umat ini petunjuk ke jalan yang lurus, perjelaskanlah mereka tentang perkara-perkara ghaib agar mereka jelas dengan kebesaran-Mu, dan menumpukan perhatian mereka di dalam beribadah kepada-Mu.
Ya Allah... murnikanlah hati umat Muhammad S.A.W ini dengan kesucian tauhid, dan hindarkanlah kami dari najis syirik, sesungguhnya kepada Engkaulah kami tujukan segala ibadah kami.
Amin.

To do list

So sekarang aku rase ade beberapa mende aku nak kene wat sebelum balik Malaysia 24 Ogos ni.

-setelkan sume klas test assgmnt utk Acts140, and Econ 107
-update blog yang mana patut, cam malas nak update cte2 aku kat sini bile da balik nanti
-siapkan video utk dak2 yang nak grad da ni
-wat majlis y bukak pose tuh., sebab lame dah tak jumpe MSD
-susun sume gamba yang aku nak printout. kalau sempat wat gune shutterfly.com
-dapatkan lesen pistol drpd walmart ke mane2

setakat ni tu je lahh kot, tak banyak sangat pon sebab mase lpas raya nnt berjuta free time aku oh. wuhuu

Rabu, 27 Julai 2011

Fakta Sukan 2009-2011

Ok so kali ni aku cam nak cerita serba sedikit fakta sukan sejak aku sampai kat USA ni, daripada Ogos 2009 sampai lah Ogos 2011.

Kalau bukan sukan pon, anggap lah ianya sebuah permainan. hehe.

Aku mulakan dengan serba sedikit sebab utama kenapa aku sangat2 tak bersukan di sini.

Beberapa minggu sebelum aku fly, Aku represent Taylors college untuk tournament ragbi dan balik tu aku injured. Aku force diri aku utk jalan jugak dengan lutut injured tu dan end up bile dah sampai US baru aku taw rupe2nye ACL lutut aku da koyak teruk dan aku memang tak boleh nak main sukan ape2 dah.

Masa tengah tahun 2010, Aku kena batu karang. sakit tuh takde efek ape sangat juz mase tu baru aku sedar betapa tak fitnya aku setelah lama tak bersukan. my Life was prolong by pure determinantion. ~rujuk post aku pasal batu karang danGermany~

Mase awal tahun 2011 pulak, Bahu aku yang kali terakhir tercabut mase aku form 5 tercabut semula mase tengah berenang dan ia juga tercabut sekali lagi mase area bulan 3-4 tahun 2011 mase training volleyball.

Volleyball

Setiap kali sebut atau main volleyball ni mesti aku teringat dekat 2 orang mmber aku yang memang terer betul2 main bola tampar ni iaitu saudara Syaro dan Zulhakim. Target aku main volleyball ni pada awalnya ada 2
1st-hanya lah sebagai aku nak try jadi terer macam mamat 2 orang ni
2nd- substitute game ragbi yang aku tak boleh main d sebabkan limitation aku

So permulaan bermain volleyball ni adalah kerana ade sorang senior ni, name die MAriam yang sangat minat gle2 maen volleyball ni dan die cam sudi ajar2 aah jugak.
DAn team dak2 Cina Malaysia kat Drake ni pon boleh tahan gak terernye. Siap ade yang wakil Malaysia punye standard.

International Sports DAy 2009
MAse nih main campor2 dengan budak2 international student yang lain dan aku memang kaw2 tak terer lah! agak segan sebenarnya. RAsenya aku dapat no 1 atau no 2. tak berapa ingat

Midwest Games 2010
Mase nih team kitorang memang kaw2 tak terer langsung jugak laah. yang terer tak silap aku hanya Mariam sorang je.
Tyme ni teammate termasuklah Aku, Mariam, Asri, Nurul, syu, Erza, Mai, Vo, Tokey, Ren
Lawan pon dengan grouping yang agak tak terer tapi aku rase salah satu punca kekalahan adalah kerana aku EMO gile2 mase main ni. haha.
Antara team yang aku ingat adalah kitorang maen 5 vs 6 mase lawan team michigan sebab dak2 pompuan clash dgn game basketball
DAn ada lawan dengan team CANADA, Michigan dan satu lg grup aku tak igt
tak ingat pon sape kapten, Rase2nye macam aku kot? hehe
yang aku ingat, mase tyme ni aku sedar yang aku ada teknik special:- Backhand spike!

Drake Intramural(Co-ed), 2010
Intramural liga pertama yang aku masuk lawan dengan team2 mat saleh ni. Hanya di anjurkan semasa Semeseter Fall sahaja. DAftar under nama "Bola Tampar".
Team mate masa ni:- Mariam, aku, erza, syu, nurul, tokey, vo, afiq, asri. RAsenya memang cukop2 orang je yang main setiap minggu ada game.
Yang paling kelakar adalah walaupon kalah semua game, Kitorang masuk Semi-Final sebab ada team yang forfeit.
Mase kat semi-final tu, 1 round kitorang menang dan satu round team MASA menang
Susahnya game ni adalah sebab die co-ed dan rules die adalah dalam setiap turn kte receive bola kene ade macam selang seli perempuan dan lelaki.
Dan yang paling ingat adalah semasa vo dengan aku cuba nak persuade Nurul yang die sebenarnya boleh main!
Siap post video "Kau Boleh" kat wall. haha
Vo kapten time ni

International Sports Day 2010
Macam biasa, team memang sangat2 random tapi aku dapat team dengan Tuan Kun, seorang yang agak dan sangat terer so team ktorang macam menang no 2 rasenya.

Temasha Jagoh Malaya, 2011

Masa lawan time ni, Drake ada 2 team iaitu team Drake A dan Drake B.
Team All-Star Drake A: aku, vo, tokey, mariam, bukit,dan jemputan khas pegawai MSD:Ustaz Aziz
Team Drake B: Acap,wafi,ren, asri, syu, mai,mirul, kaber dan ajwad

Mase ni memang kitorang dah agak terer gak dan target johan.
Tapi macam biasa, aku jugak yang buat hal. aku hilang fokus sebab tak dapat bahagi fokus sebagai seorang pemain dan seorang director event. haha
Kitorang kalah dapat no 4 sebab gym tutup pukul 8. Tak sempat habeskan game pon. Game tempat ke 3 dan 4 lawan dengan Univrsity of Wisconsin-MAdison

Crawford Olympian 2011
For the sake of improving our team performance and in knowing our team absolute competition, kitorang join satu pesta sukan namanya Crawford Olympian. Dapat makanan free dan t-shirt.
DAlam game ni, ktorang menang 1 game dan kalah 2.
Sebab kekalahan adalah sebab system permainan yang tak puas dan communication error antara sesama ahli pasukan
Teammate time ni: Aku, mirul, tokey, acap,vo, syu,mariam,bukit

Midwest Games 2011
Team paling superb terer dan mantap yang aku pernah ade seumur hidup aku
sume terer gile2 mampu set, mampu dig, dan mampu spike.
ahli: Aku, bukit, ustaz aziz, azhar bujal, vo, tokey, mirul, syu

Kitorang sangat superb dan terer mengalahkan team Colorado School of Mins.
Psycho dan sokongan kuat mmg strength ktorang yang orang lain takde

Tapi mase sudah leading 20-10 dgn Rochester institute of Technology, moral kitorang down sebab dah habes suara psycho opponent. Diorang kejar balik dan ktorang kalah dalam 2 set je

Tak cukop berehat, consecutive round nye kami lawan dengan Purdue University yang johan taun lepas.
Kalah dengan malunya

In the end, RIT johan kesluruhan dan Purdue naib johan.
Faktor utama kekalahan ktorang maybe adalah luck kot.
DApat grouping yang terlalu kuat. hehe.
Sangat2 frustrated

Kekalahan kerana Endurance lah aku rase.

Badminton
Drake Intramural(Men & Co-ed)

Aku belaja main badminton secara proper masa kat Drake ni lah. sebab dah takde sukan laen yang aku boleh main
So game yang aku pernah masuk hanya Intramural Badminton mix and lelaki

Utk Lelaki, aku geng dgn Ganu. Die nye respons agak mantap tp aku lebeyh kpada maen intel skeyt ah sebab aku tak boleh bergerak sgt. Kitorang menang round 1st tapi kalah round 2nd dgn team yang superbly gune intel

Utk mix- aku geng dgn syu. dalam banyak2 pompuan melayu die ni lah aku rase yang paling talented pon main badminton ni. stakat ape yang aku nampak lah. Kitorang menang free 2 kali rase nye tapi in the end kalah kat semi lawan dgn sorg minah Cina ni mmg superb power ah. And aku pon xbrape nak terer so xpe lah. yang penting ktorang maen dgn puas. hehe

Oh btw, semenjak kat drake ni aku dah boleh gune backhand and kalau lawan dgn perempuan, aku bleyh gune tgn kiri. bg aku ni satu improvement yang menakjubkan!

Ragbi
aku pernah main skali je mase jalan2 kat Ohio State University.Itupon main dgn mmber2 ragbi touch, memang puashati maen and dapat lari xlaju sgt lah. tp best!

Takraw

Midwest 2010

Aku reti tandk je je+ team aku acap mmg superb terer oh. Aku dapat tempat ke 3 sbb kalah dgn Vanderbilt mase kat semifinal.
Overall bdak2 kat us ni cm xreti sgt je maen takraw. paling terer mmg acap ah

Midwest 2011
Drake antar 2 team, satu team aku satu team acap. Team aku ni maen utk penatkan team lawan je juz nak kasi space acap nye potensi team nak menang naek. So in the end, main round robin tapi team aku forfeit game ke 6 and ke 7 rasenye. Tak dapat sebarang medal tapi team acap dapat JOHAN! tahniah2

Dodgeball
Fraternity Tournament
Oh mase ni lah ktorang masuk under name team TCMBS, aku masuk 1 minit lompat then salah landing. pastu ligamen aku putus. trus masuk hospital. haha. then mmg ktorang kalah lah lawan dgn team tennis drake.

Bola

International Sportsday 2010 & 2011
Mase zaman 2009 aku xbrape nak main sangat bola and xigt aku menang ke kalah. yang aku ingat team ganu ade sorg tu mamat jepon terer gile gelecek, tp die xlepas dgn aku. wahaha. terer gak aku
zaman 2010 punye game, team aku macam xmantap gak tapi aku top striker and ade bubuh gol lah juge. hehe best2

Midwest 2010
Aku just manager untuk team drake and ade gak lah masuk jadi wing kanan selama 40 saat. tu je potensi bola aku kat us ni

Temasha Jagoh Malaya 2011
Mase ni aku masuk under team Drake B. Juara dalam kejohanan ni:Minnesota. diorang menang dgn sume team sbb buat system round robin. tp ade satu team je yang seri dgn diorg, team aku! haha. mnarek oh, tu agak satu kebanggaan juga lah tp lepas lawan Minnesota kaki aku terus injured tak maen dah. game lain sume kalah rasenye.


Berenang

Gym
Aku selalu berenang kat gym drake. tp ade last time aku berenang mase Spring 2010, Bahu aku tercabut sebab bajet nak berenang style olmypian. thanks acap teman aku g spital!

Sunk in the Big Sink
Aku lemas dan hampir mati mase berenang kat Big Sink, Great Smoky Mountain, TN. Seb baek ibrahim selamatkan aku, kalau tak memang dah jenazah dah. Thanks Ibrahim and sorry sebab spek ko ilang.....:(

Lain-Lain:
Football: Dgn muslim society Des Moines
Crawford olympian 2011: Permainan kelakar2 di sebuah hujung mggu yang bosan
Baling Selipar: Picnic Drake 2011
Galah Panjang: Pantai California bersama ahli trip
CApture The Flag: Picnic Drake 2011
Chess: MAsuk Iowa state tournament and kalah dgn bdak 4 tahun. Ade jumpe sorang pakcik pelik kat Seattle and jadi Disciple of Chess. lol!

Kenapa Kahwin AWAL?

Ok so post aku kali ini adalah mengenai persoalan yang agak kerap dipersoalkan dikalangan masyarakat atau rakan2 sebaya yang umur range2 aku sekarang ah. DAlam umur 21-23. Agak kerap jugak ah kedengaran atau kelihatan unsur2 sokongan dan bantahan mengenai isu kahwin awal ini.



So, sebenarnya kenapa manusia ni sendiri berkahwin sebenarnya ek?
Antara sebab2 kite ni kahwin adalah untuk sempurnakan instinct dan fitrah kite, atas dasar curiosity, atas dasar kasih sayang, perikatan antara 2 keluarga, kerana dah sampai masa, kerana tiada jalan lain, kerana nak anak, kerana nak someone utk sharekan harta dan ribuan jutaan sebab2 lain lah.

Jadi aku pon taip di Google satu quote ni; "Kenapa berkahwin" dan ini cam antara resources2 yang aku dapat cam ada kaitan dengan Quran and Sunnah gak lah.

1- Kahwin kerana mengikut sunnah RAsulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah SAW :

Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya : Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a. bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan.
Mendengar hal itu semua, Rasulullah SAW memuji kepada Allah dan bersabda, “Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.”

2-Berkahwin kerana ianya membuka pintu rezeki

Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

3-Berkahwin kerana ingin mendapat zuriat

Allah SWT telah berfirman :
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’)



DAn sebenarnya ada pelbagai2 lagi laah sebab lain.

Tapikan, sume2 ni macam tak menjawab je kenapa perlu kawen awal?

So kan, sebenarnya topik ni cam tibe2 terdedah sebab cam aku nak sharing skey, antara kawan2 atau sdare ke knalan aku umur2 aku ni ah yang da kawen ni sape.


KISAS: Aemirul, Anas, Sarah, FAthiyah. rasenye ade yang laen tapi aku cm xknal sgt atau xnah dgr name sgt
SMKAKS: Muhsin
SAudara: yang terbaru kahwin abng yo dgn RAfi ah.




Antara alasan2 yang dipergunakan oleh pihak2 tertentu adalah seperti berikut:


1-Kenapa KAhwin lambat?
-lek lu, aku muda lg xabes enjoy life lg kot
-aku cam tak jumpe orang yang sepatutnya lagi kot?
-sebenarnya orang2 yang kahwin awal ni tak berapa nak knal dunia lg laah, aku nak matang abes2an da prepare baru aku kahwin kot

2-Kenapa mesti kahwin awal?
-ana sebenarnya nak elakkan maksiat
-Sebab dah sampai masa untuk aku bertanggungjawab dgn diri aku dan diri wanita yang aku cintai ni
-Dia lah segalanya untuk aku, Aku YAKIN! drpd ktorg terus dalam hubungan yang tak pasti, better ktorang kukuhkan hubungan ktorang ni dengan perkahwinan

3-Kenapa plak aku nak kene kawen?
-pompuan banyak kot. aku nak sape2 ble2 mase pndai2 laah aku carik
-aku sebenarnya mandul, kalau kahwen pon ksian kat bini aku nanti uh
-Aku nye awek dlu meninggal eksiden, sampai skrg aku xdpt move on lupekan die sbnrnye

4-Aku cam rase nak terus hidup bujang je kot.....
-Terlalu banyak hatiku ini disakiti...... ku tidak lg rela untuk d permaenkan!
-Muke aku ni tak ensem, sape sangat lah nak kat aku ni?
-bagi aku bujang ni bebas, Aku tidak suka akan komitmen. Ia bagaikan sangkar.


Entah laa weyh. sebenarnya aku pon tak berapa tahu ape jawapan sebenar disebalik soalan ni

Tapi itu kata mereka, anda pula bagaimana?

Wuut2

Sabtu, 23 Julai 2011

Trip Northwest+ a little bit south

So buat kali terakhirnya sebelum aku pulang ke Malaysia. Aku pergi berjalan2 melihat alam bersama rakan2 tersayang
Kali ni ade due trip yang aku pergi

1st-Northwest Trip
2nd- Smoky Mountain + Mammoth Cave trip


NORTHWEST Trip

Trip ni aku pergi 2 kereta, 9 orang

Kete 1= Aku, vo, ganu, tokey mirul
Kete 2= Noyan, sarah, chabie, atikana

DAlam trip ni, kami berjaya menjajahkan kaki kami pada negeri2 berikut:

South Dakota, Wyoming, Montana, Idaho, Oregon, dan Washington. Trip ni adalah trip paling penat sekali aku drive kerana limitation masa and limitation kewangan.

Tempoh trip adalah selama 12 hari. dan kitorang memang visit National Park all the way kecuali BAndar Seattle je.

ADa 3 kali camping kat dalam hutan. 3 kali tido motel dan yang laen rasenya tidur dalam kete je. SUMPAH PENAT!!!

Gamba2 memang lawa gile just overall aku mmg penat laah trip ni. beberapa kali ter-EMO juge laah. hehe

Dua watak baru yang tak pernah wujud dalam hidup aku sebelum ni:

Noyan: seorang gadis yang baek and kelaka. mmg slalu cheer kan suasana laah
Chabie: Seorang gadis cool yang bertenaga kuda ke ape aku taktaw tapi xnah nampak die penat. Kewl!

Antara kisah2 menarek:
-Penemuan Beruang
-The Wise Chess Master of Seattle
-The Night where nightmare struck
-The ghoul of girl beggar
-The suspicious jigsaw man
- Greates food discussion
-Towards future glory story sharing
-Re-evaluation of the stereotyping girls



Trip 2nd

SAmbungan trip sebelum ni, melawat National Park juga juz lebeh penuh dengan excitement dan gelak taw sebab aku pg dgn semua lelaki.

Kete 1: Aku, afiq, bai, ajwad, wafi
Kete 2: Megat, gborn, pejoe, asri, jiman

Jajahan: Illinois, Missouri, Indiana, Kentucky, Tennessee, South Carolina


Trip selama 5 hari dan target utama adalah Great Smoky Mountains dan Mammoth Cave.

Aku memang puashati dan fun dalam trip ni+ xpenat sangat.

Camp satu malam, 2 malam drive dan 1 malam tido hotel MEWAH.

Watak baru yang xnah muncul dalam hidup aku

Asri: Seorang lelaki yang rajin dan sangat2 boleh diharap.

Antara kisah2 menarek:

-Truth and DAre; the game of no cheating
-Sunk in the Big Sink
-Katok and its Cronicity
-Mandi sungai Kali pertama

Sebuah Komik

Hurm, kali ni aku rasa aku nak share tentang salah satu daripada hobi aku iaitu aku ni seorang yang selalu gila baca Komik oh!

So, baru2 ni aku cam tertaksub dengan satu komik ni laah. komik ni cam unsur2 mafia gangster2 sikit. mungkin ni efek cite KL Gangster ke aku tak taw laah.

Tapi aku tak galakkan sangat pembaca untuk membaca komik ni laa. sebab terkandung unsur2 gejala yang kurang sihat didalamnya.

So aku letak name main character ni RYU ah.

alkisah, Ryu merupakan seorang anak yatim piatu yang keluarganya telah dibunuh oleh kumpulan mafia terbsar di negaranya. Selepas kehilangan segalanya, Ryu meluahkan perasaan cintanya pada seorang gadis sekelas dengannya dan gadis tersebut menolak beliau dengan alasan ingin menjadi seorang polis di negara jiran. Keesokan harinya, gadis tersebut berhenti sekolah dan hilang daripada hidup Ryu.

Kemudian, Ryu berhenti sekolah dan bekerja keras untuk mengumpul duit dalam mengejar gadis pilihan hatinya. Setelah setahun, Ryu berjaya mengumpul duit secukupnya dan tanpa berfikir panjang terus pergi ke negara jiran untuk mengejar impiannya. WAlaubagaimanapon, keadaan tidak seperti yang disangkakan. Ryu gagal mendapat sebarang pekerjaaan dan gagal menemui gadis yang dicintai. Ryu menganggur selama setahun.

Suatu hari, melihat keupayaan Ryu menewaskan beberapa gangster yang cuba meminta duit perlindungan daripada seorang pakcik tua, sekumpulan Mafia telah cuba menarik Ryu untuk menyertai pertubuhan mereka. Akan tetapi, setelah gagal mengajak Ryu ikot serta, mereka berpakat untuk mengambil Ryu sebagai bos mereka.

Bermula daripada situlaah proses penceritaan bermula.

Daripada niat ingin menyelamatkan seorang kawan wanita yang dirogol, Ryu bertekad untuk melindungi semua manusia teraniaya di bandar tersebut dan dia berjaya menewaskan sindiket yang mengawal bandar tersebut. Bandar itu kemudian menjadi jajahan takluk Kumpulan Ryu.

Selepas itu, kerana provokasi dan isu-isu lain yang tidak dapat dielakkan, Ryu dan rakan2 menyeru perang keatas sebuah Casino terbesar di negara itu dan akhirnya Ryu juga berjaya merampas kuasa dan memprkuatkan kedudukan kewangan kumpulannya.

Selepas itu, Ryu juga telah tertarik dalam konflik masalah dalam industri hiburan dan untuk menyelamatkan kawan-kawan barunya. Ryu pula berjaya meraih dan memenangi syarikat hiburan terbesar di tanah air tersebut. Kini, kumpulan Ryu merupakan kumpulanmafia terbesar, terkaya, dan terkukuh di negara tersebut dan mereka hanya bermula dengan 3 orang ahli sahaja.

Komik ni agak menarik dan bg aku sgt2 best.
Inspirasi oh!

Ahad, 27 Februari 2011

5 Science 3

hurm, aku cam rase kebosanan gile dan pemikiran menerawang-menerawang sehinggalah aku tibe2 tertanya pada diri aku sendiri satu persoalan.....

Sejak Bile aku menjadi seseorang yang berminat dan mengambil tahu tentang sejarah hidup orang??

Dan aku rase aku dapat jawapan die adalah sebab semasa kat kisas ni ada satu culture yang dinamakan "Setel Taaruf". Dalam Taaruf kat kisas ni adalah untuk aku kenal semua budak2 Lelaki dalam batch aku semasa form 4 dan tahu nama penuh, sekolah lama, asal, dan rumah mane. Dan dalam berkenalan dengan semua-semua ni takkan lah aku just nak kenal 4 mende tu je kan? so aku cam jadi seseorg yang berminat mengenali manusia lebeyh dalam..

Hehe. di kesempatan ini tibe-tiba jugak teringat dekat Budak Kelas aku mase form 5 dulu
Kelas 5 Sains 3... aku pon stalk2 facebook dan rasa macam nak tulis plak update budak2 laki ni....

1st Syaro. Nama penuh dia tak silap aku Syahrol Fasya Bin Badrlhisyam. Lepas sekolah syaro join Matrix perak tp lepas tu kelua amek Diploma Aeronautik kat Miat, Dengkil.
Last time aku jumpe die mase sebelum aku fly, die datang kenduri umah aku. And last time aku hello die, die tengah keje kat Kemaman baiki Helikopter. Part2 lain tak berapa update sangat.

2nd Jo. Name betul Dzulkifli Ismail, Pas sekola masuk UTM kejap sebab nak fly g jepon tp pastu klua then masuk matriks Uia. Sekarang tengah buat engineering kat Uia Gombak. Last time jumpe mase aku lepak dengan die 2010 dulu mase aku balik Summer. Kate nak tempah jeans laa bagai kat aku dan2 sampai skrg xd dgr cte ah plak.

3rd Amaludin. Name penuh Amaludin Safyudin, asal Jengka Pahang. pas sekola join MFi kat Bangi pastu sekarang amek engineering kat France. 1st time travel dgn die mase lepak kat Paris zaman 2010 dulu, Cakap French die seryes superb da macam lagi mantap drpd cakap Melayu die dah. Last time jumpe amaluden ni mase Reunion kisas 2010 dalam bukan 7 macam tu. Sekarang xd dgr cte sangat....

4th apis Kareem. NAme betul Abdul Hafiz Abdul Karim. Dulu mase form 4 dok sebelah aku tp aku selalu dok marah2 die. haha. Asal Kedah pastu lepas form 5 stay amek Stam kat Kisas. Lepas tu fly pegi Al-Azhar kat Mesir amek bidang Agama. Then sekarang dgn Mesir baru revolusi hari tuh aku tak taw lg ape update2 baru pasal die. Last tyme lepak dgn die, aku amek die jd anak murid aku buat Magik.

5th Jaid. Jaid ni name penuh die Jaid Hafidzi idris kalau tak silap. die pon same macam apis karem gak. amek Stam lpas tu Fly pg Al-Azhar. Skarang tak taw cite. Aku rase last tyme jumpe die mase zaman die amek stam dlu lah. Pastu ade gak chatting2 beberapa kali tapi macam xbrapa sronok chat2. kene Call gak. Last tyme Najah cte kat aku, pasal Jaidnye kakak kene ragut kat Hospital ipoh. pastu tak taw cte sgt dah....

6th Syahir. Name penuh syahir Jamaludin. Die ni dulu pengawas kat sekolah pastu cikgu Norhizan slalu bahan die ni Over Acting. haha. pas sekolah join Kyuem pastu Fly pg UK skarang. Under Bank Negara kalau tak silap amek course Math. aku pon tak igt bile last time jumpe die. rasenye zaman sekolah dulu kot??

7th Sahrul. die ni Sahrul Fazlin tp xigt nama bapak die. Asal pahang jugak then muke cam jambu2. Ade gak chat gn die several times tp tak taw sangat update., Pas sekolah masuk matriks kalau tak silap lepas tu skarang dkat Uitm Shah Alam. Rasenye amek course yang berkaitan komputer2 jugak ah.

8th Aiman. Name die aiman ZhafranSyah. tak igt name ayah. Last time dgr cite die masuk Uni Nothingham sekali dgn Asrul badli kat Mantil. Last time jumpe die kat Kl Sentral rasenye. Die tgh on the way pegi somewhere sambil bawak helmet. taktaw cte ape2 sangat.

9th Sayed. Name betul Sayed Muizzudin. Die ni dulu ketua kelas mase form 4. Asal perak pastu cam baik dgn Mardhiah gak tak silap. Lepas klua sekola aku taw die join GIat Mara belaja komputer2 pastu masuk Kyuem under Bank Negara. mase tu die amek aktuari gak. aku cam penah janji nak tgok sape lg berjaya dgn die selepas 5 ke 10 tahun sebab ktorang amek course same kan. Next, dgr cte die tak dapat fly pastu sekarang kat Uia Gombak., tak sure amek course ape. Cam takde jumpe die gak lepas2 sekolah ni.

10th Rasydan. Rasydan Fitri je aku igt. Die hero@ Ketua Kelas mase form 5 dulu. CAm suke gile membaca pastu sekarang amek Architect kat UK. Dulu best student Kisas sebab dapat 12 A1. Lepas sekolah masuk Intec and aku beberapa kali jugak ah jumpe die.
Last time jumpe RAsydan teman aku jalan2 kat Uk and memang friendly gle ah tyme tu.

11th Syafiqq. Syafiqq Al Hakim. Die ni dok sebelah syaro dlu pastu selalu rasuah Keropok kat syaro. haha gaya2 cam kene buli2 sket tp hati die baik. Asal kat Gombak and cam mix dgn India. pas sekolah masuk Matriks pastu skarang kat CyberJaya amek Medik. Last time aku jumpe mase kenduri Fathiyah Summer lepas. Siap ade amek gamba same2 dgn die lg. hehe


Rasenye tu je ah

Oh2
Ade sorang ag, Name die Shamel. mamat paling star gak ah dalam kelas tu. haha
Sekarang KAt Us amek Aktuari. Nak abes dah bulan 8 ni Insyaallah tp taktaw ah ape lg cte die......



Kat Page Facebook Aiman ZafranShay ade gamba sume dak2 kelas aku ni...
Style! :))


Facebook dak2 kelas aku:

Amaludin safyudin
Rasydan Fitri
SyAhir Jamaluddin
Syahrol Badrulhisham
Syafiqq Al Hakim
Jaid Hafizi
Abdul Hafiz
Mat Payabanir -(Ni Sahrul punye)
Aiman Xhafransyah

Facebook Jo dgn Sayed memang aku tak dapat jumpe ah.....

Oh2 ade gak dak pompuan. tp aku tak igt sangat sape dak kelas aku.....

Najah Farhana
Husna Mohamad Hazim
Nurul Syifaa'
Falihin Razak
Fathiyah Hamid
Nur Syawana Bte Murad


Farahin, syikin, aisyah dgn ade sorang lg tu name die Nabila kot
diorang ni aku tak jumpe facebook

Sabtu, 29 Januari 2011

Perjalanan

even sebelum datang sini pon, makcik aku ada pesan. suruh pg jalan2 All out
so salah satu cita2 aku adalah utk cover sume states dalam USA ni and atleast jejak kaki ah and tengok camne keadaan nye.
So, mari kita ikuti perkembangan cita2 aku ni. hehe

DAlam usa ni sume sekali ade 50 states.

setiap kali cuti, aku cam akan ada singgah kat states2 laen selain IOWA.

FAllBreak 2009: Missouri, Minnesota
Winterbreak 2009: Illinois, Indiana, Kentucky, Tennessee, Georgia, Florida, Alabama, Mississippi, Louisiana, Arkansas, Missouri
Springbreak 2010:Illinois, Indiana, Ohio, Pennsylvania, West Virginia, District of Columbia, Maryland, Delaware, New Jersey, Pennsylvania, New York, New Jersey, Virginia,
Summer 2010:Illinois, Indiana, Minnesota, South Carolina
Fallbreak 2010: Minnesota, Wisconsin
Winterbreak 2010: Kansas. Oklahoma, Texas, New Mexico, Arizona, California, Nevada, Colorado, Nebraska


So how many are left???

Washington, Oregon, Alaska, Hawaii, Idaho, Utah, Wyoming, Montana, North Dakota, South Dakota, Michigan, North Carolina, Connecticut, Rhode Island, Massachusetts, New Hampshire, Vermont, Maine


18 states left!

Dah setel 32!???

Roadtrip Southwest

Disember 2010 - Januari 2011
perjalanan aku melawat dan meneroka bahagian Tenggara USA.
Antara negeri yang aku singgahi termasuklah Kansas, Oklahoma, Texas, New MExico, California, Arizona, Nevada, Colorado, dan Nebraska. Lebih sedikit drpd states tahun sebelumnya tetapi lebih lama and lebih menarik!

Trip overall, sgt ok and takde konflik
antara ahli trip termasuklah Kaber, Acap, Duanrazi, Ganu, Vo, Bai, Tokey, Afiq, Mai, Nurul, Syu, Tika, Nadia dan Fiza.

banyak pemandangan2 menarik dan fleksibel.
bagi aku, aku puashati dengan trip ni ah. Salah satu yang akan aku ingat sampai bile2 jugak insyaallah.

gambar2 menarik leh usha fb aku ahh