Isnin, 27 September 2010

Germany


Selepas beberapa hari di London, Aku dan Sydi meneruskan perjalanan kami ke Germany.

Kami tiba di Airport Frankfurt dalam keadaan yang serba biol kerana masalah bahasa dan komunikasi. Bahasa Germany sangat mencabar dan memang aku tak faham langsung. Di Germany, pelbagai pengalaman, pemandangan dan manusia baru kami temui!


Pemandangan yang CAntekkk!!!



Daripada Airport, Zuhaili datang bersama Lan(senior beliau) menjemput kami. Sepanjang perjalanan menuju ke Bingen, pemandangan di sekeliling lebuhraya dan sekitarnya sangat memukau mata jugak ah. Rumput hijau yang terjaga, bukit-bukau yang macam beralur-alur, suasana kedamaian yang tak pernah aku rasai dan paling best, udara nyaman yang seakan-akan bebas pencemaran.........


KAwan-kawan baru yang baik hati


Di universiti Zuhaili(KAwan KISAS), aku berkenalan dengan kawan-kawan Melayu lain yang sangat-sangat baik hati dan cermat dalam percakapan. Sikap jujur dan penyayang yang dah lama aku tak jumpa semenjak aku berada di Drake secara tiba-tiba aku rasakan semula....
Terasa senang dan tak perlu berwaspada bila bersama diorang ni semua.







Selepas aku keluar dari hospital pula, aku berkenalan lagi dengan kawan-kawan baru yang lawak, bersikap terbuka dan mempunyai sikap menghargai manusia yang sangat tinggi. Mereka-mereka ni daripada universiti lain datang ke Bingen untuk sama-sama berjumpa dan di sana kami barbeku bersama-sama..........

Petang selepas bbq, semua pergi bermain futsal kecuali aku sebab kaki aku sakit dan aku masih belum elok langsung daripada tragedi batu karang aku....
Malam tu pula, ade sebahagian daripada diorang yang balik dan ada juga yang stay dan kitorang pon tengok movie ramai-ramai. Taksilap aku movie 'step up' kot.

Semasa aku ke Hiedelburg pulak, aku berkenalan dengan Salam daripada Um dan adik die Qusyairi daripada Canada. kami spend tyme yang sangat berharga jugak laa bersama-sama. Dan semua-semua daripada mereka ni, aku dah add FB diorang. Semoga kami still keep in touch dan hargai hubungan yang telah terbina tu.


Tragedi Batu KArang



Pagi hari ke2 semasa aku di Germany, aku masih ingat masa tu pagi Jumaat.
Kerana Zuhaili yang tak biasa memandu dan kami sangat memerlukan stok ayam Halal untuk bbq pada pagi esoknya, aku pon memandu kereta sewa kami tu menuju ke BandaR Mainz untuk membeli stok makanan halal.
Setelah 15-20 minit memandu, secara tiba-tiba aku terasa keadaan yang sangat tidak selesa pada pinggang belah kiri aku. Aku cuba ubah posisi duduk aku tapi rasa tidak selesa itu berubah kepada kesakitan. Sekiranya aku terus memandu, aku mungkin pitam dan kemalangan akan berlaku jadi kerana tiada alternatif lain aku memberhentikan kereta di tengah-tengah lebuhraya dalam keadaan kereta yang laju-laju belaka.
Pada waktu itu, hanya ada aku, zuhaili dan Lisa(seorang gadis melayu kawan Zuhaili) di dalam kereta. Masalah belum selesai kerana Lisa dan Zuhaili tidak pernah memandu dan tidak pandai menggunakan GPS semasa memandu dan kami pula berada di tengah-tengah lebuhraya yang seakan-akan tiada had laju. Zu terpaksa jua memandu dan aku menggunakan sekala kudrat tenagaku untuk kekal terjaga dan mengajar zuhaili macamana untuk menggunakan GPS tersebut. Perjalanan diteruskan..........

Sesampainya di kedai Turki penjual daging itu, keadaan aku semakin kritikal. Lisa dan Zu berusaha mencari klinik yang terdekat. Aku masih tertanya-tanya tentang apa sebenarnya punca kepada masalah badan aku ini. Usaha mereka berjaya dan aku tiba di klinik. Di klinik, perempuan pekerja kaunter menerima kad insurans ku tetapi aku lupa membawa passport aku........ Aku terpaksa membohong dan mengeluarkan lesen memandu Amerika Syarikat dan mengaku sebagai seorang penduduk tetap USA. Selesai part 1.
Aku yang dalam keadaan kritikal tidak di bawa terus berjumpa doktor, malah terpaksa menunggu di bangku luar bersama pesakit-pesakit luar. Kudrat mulai hilang tatkala melihat Zuhaili cuba meyakinkan jururawat untuk membenarkan aku berjumpa doktor secepat mungkin. Mata aku berkerlipan beberapa kali dan bayangan terakhir yang aku nampak adalah wajah Lisa. Aku PENGSAN.........|-)|-)|-)





Aku terjaga dan muncul wajah seorang jururawat German yang cun bersama seorang doktor wanita yang agak berumur. Zu dan Lisa turut berada bersama di dalam bilik tersebut. masalah komunikasi terjadi sekali lagi dimana jururawat tidak mahir bertutur bahasa Inggeris. Doktor memeriksa aku dengan alat yang menggunakan sinar radio(alat yang selalu digunakan untuk memeriksa wanita mengandung) dan mengesahkan bahawa aku mempunyai batu karang di dalam ginjalku.
Tidak lama kemudian aku pengsan lagi. |-)|-)|-)|-)Aku terjaga dan berada di dalam sebuah ambulans. Apa yang dituturkan kepadaku oleh salah seorang pekerja ambulans itu gagal ku fahami dan Lisa cuba menyelesaikan segalanya dengan lelaki tersebut. PENGSAN.......|-)|-)|-)

Terjaga dan berada di sebuah hospital universiti di tengah-tengah bandar Mainz. Peralatan yang canggih dan kelengkapan yang mencukupi. Helikopter hospital berterbangan mengambil pesakit-pesakit kecemasan malah pegawai perubatan yang memeriksa aku mahir berbicara Bahasa Inggeris. Aku terasa selamat.....
3 biji batu karang disahkan berada di dalam badan aku dan aku terpaksa bermalam di Wad pada malam itu. Zu, CD dan beberapa sahabat-sahabat Germany lain yang tidak pernah ku temui datang melawat aku di hospital pada petang itu. Aku terasa ingin menangis dan bergenang kelopak mata tetapi berjaya ku selindung. Syukur masih ada yang sayang dan peduli walau berada di sebuah Bumi Asing. Tidak dapat aku bayang bagaimana jadinya andai aku sakit di US. Dalam keadaan sakit ku itu aku masih mampu bergurau senda dan berbual-bual bersama mereka.




MAlam itu aku tidur di wad dan pagi esoknya aku minta keluar. Doktor menyuruh aku menandatangani sebuah perjanjian bila mana seandainya aku mati atau apa-apa yang terjadi terhadap aku, ianya adalah tanggungjawabku sendiri dan bukan kesalahan pihak hospital. Ini adalah kerana ianya adalah permintaan aku untuk keluar dan pihak doktor telah menasihatkan agar aku kekal disana selama seminggu dan melakukan pembedahan. Aku tandatangan surat itu dan pura-pura sihat(tahan sakit) selama aku berada di Germany sehingga lah aku pulang ke Malaysia............... Tidak pernah ku rasa sesukar itu untuk mengukir senyuman tapi aku terpaksa jua demi untuk sebuah kebahagiaan dan pengembaraan yang mendatang.........hehe. Aku akhirnya melakukan pembedahan di Malaysia setelah berhari-hari mengambil pil tahan sakit sahaja.



Bingen













Frankfurt






Mainz
Gambar gagal ditemui karena aku terlantar di hospital ketika ini.


Hiedelburg





Jumaat, 24 September 2010

RAya Chicago

Salam.
Sekali lagi aku sampai ke Chicago pada tahun ini. Namun kali ni dengan tujuan untuk beraya bersama-sama rakyat2 Malaysia lain yang berada di kawasan berdekatan.

5 Kereta daripada Drake bergerak menuju ke Chicago pada petang Jumaat dan tiba semula ke Des Moines pada malam Ahad.

Antara aktiviti2 menarik termasuklah Beraya, Melawat Chicago, KFC halal, dan melawat Iowa City. tapi gamba2 ini hanyalah gamba2 cilok di FB so kualiti agak rendah. Aku tengah tunggu gamba kamera afiq sekarang.




Jumpe Nabil kat Chicago. member kamceng ni daripada Form 1-3 satu Dorm kat Dorm 76.



Akhirnya Bergamba jua dengan Mai dan Nadia




Berpisah di Taylors dan bertemu di Amerika Syarikat. Taylors dak2 MAra 1st batch



Lame gila tak jumpe Emir ni. Rupe2nye Die kat Purdue



Gamba beramai-ramai Drake di Chicago. Mariam Asri Nawar dan Fiza takde......

Tergerak hati

Entah kenapa petang ni rasa macam tergerak hati pulak nak update blog ni
Mungkin sebab rasa free kot. maybe akan ade update2 lain dan nantikannya kawan-kawan pembaca sekalian!

:-)

Raya

Kali ini aku nak tulis post mengenai RAya Aidilfitri yang aku lalui pada tahun ini.
Tahun ni tahun kedua aku beraya di US ni dan harap jadi tahun terakhir jugak laa raya disini.

Kami dari Drake University yang berada di Des Moines gerak ramai2 pergi Ames beraya bersama student Malaysia lain di Iowa State Uni.
Raya tahun ni agak meriah kerana bilangan pelajar yang bertambah sebanyak 4orang daripada Drake dan 30+ daripada ISU.

Berikut merupakan antara gambar-gambar perayaan kami pada tahun ini.




Potret Rumah Agam = kami 8 sekeluarga yang baru pindah ke rumah tapak masjid
Acap, Ajwad, kaber, Ren, Mirul, Afiq, Shamel, Wafi



Gamba Ramai-ramai di Ames Drake+Isu. Aku datang lambat.......



Hari Raya tahun ni juga merupakan Birthday saudari Nurul. 9-11. Hadiah tapawe sket



Gamba Semua Student Drake Fall 2010



Selamat Hari Raya Cupcakes oleh Budak2 rumah Mai





Overall aku rase bahagia je sepanjang raya tahun ni tapi still memang miss family kat Malaysia gile2 ah. Pagi raya mase call Ala pon dengar macam meriah gile2 je Raya kat Kelantan tahun ni. huhu
takpe2 tahun depan balik dah.......

Selasa, 9 Mac 2010

Mall of America



Di Depan Mall

Kali ni aku nak menceritakan mengenai pengalaman aku pergi ke Minnesota,
aku pegi taun lepas, mase tengah lepak2 tibe2 ajwad call ajak gerak g Minnie dengan mak Maryam. aku y mmg tgh busan ktika itu pon meng-on-kan diri rr utk follow. DAri Des Moines ke Minnesota amek mase 4 jam gak r.

kitorang hanya pergi kat Mall of America rr. main nickelodeon world kat situ and terjadi gak perkara yang 1st tyme sangat mencuakkan aku.

Some of the facts about Mall of America:

-Minnesota's Mall of America is the largest, fully enclosed retail and family entertainment complex in the U.S.

-Seven Yankee Stadiums would fit inside Mall of America.

-Mall of America’s 13,300 short tons of steel is nearly twice the amount in the Eiffel Tower.

-Walking distance around one level of Mall of America is .57 of a mile.

-Spending 10 minutes in every store would take a shopper more than 86 hours to complete their visit to Mall of America.

-More than 5,000 couples have been married at Mall of America since opening in August of 1992.

-The Mall of America is located on the former Metropolitan Sports Stadium which was home to the Minnesota Vikings and Twins. Home plate can be found in Nickelodeon Universe®.

-There are 30,000 live plants and 400 live trees planted in Nickelodeon Universe®.

Alkisah,

Aku ajwad n asri camne tah boleh terpisah dengan maryam n mak die. Maryam n Aunty plak tertinggal enset dalam kete.pastu kitorang pon memulakan arr proses pencarian mereka di Mall yang sangat besar itu.
Masuk arr kat Sears ni then carik2 tak jumpe. mase nak masuk balik mall tu ikot Dillards, suddenly ade scurity guard mintak id.
tup2 aku plak lupe bawak passport!!!! tyme tu mmg cuak gile arr. Asri n Ajwad lepas sebab diorg baru dapat Permit(Cam lesen L kete). Then polis tu da syak aku pendatang asing ke ape aku xtaw rr.
Pastu, kitorang dengan jayanya gtaw rr passport aku tertinggal dalam kete(sebenarnya tertinggak kat D Moin) then kunci kete plak ade kat Auntie aku yang sesat ntah ke mane.(padahal kunci kete ade kat dalam poket ktorg). Then polis tu cam xcaye, die cm da syak sumthing wrong. maybe die igt aku pendatang asing kot? Pastu guard tu tibe2 kate die nak escort aku dgn pakgad2 laen carik auntie tu satu mall. then die nak buat pengumuman pe sume rr. AKu tyme tu mmg da start risaw daaaa. masalahnye kalau da escort2 tibe2 jumpe then g bukak kete kantoi passport aku xd gak aku nak jawab camne?
Gile rr tyme tu mmg da terigt guantanamo bay dahh. hahaha. mentaliti bdak2 mentah baru sampai kan tyme tuh.huhu. Then secara beraninya ktorang blah dr situ cakap nak chow jap, then lari klua drpd Mall tu.wahahhaaa.
Akan tetapi, masalah tak setel lagi. CAmne nak carik Aunty n Maryam??
So kitorg klua ikot pintu tepi then bercadang laa untuk masuk balik ikot pintu depan sebab mase masuk dgn aunty td mmg masuk ikot pintu depan.
Elok je kitorang nak masuk, tengok2 sume pintu dah ade gad jaga n mintak id...........
Gile arrr. xkan rr sbb aku kantoi lari tadi kot??
So setelah beberapa kali cubaan asri dan ajwad masuk dan gagal gak jumpe, akhirnya ktorang menetap d dalam kete d kala kesejukan malam tuh.huhuhu





Sejuk wooo kat luar



Sedeyh gile macam imigran plak rasenye


Setelah seberapa lame, Alhamdulillah maryam dgn Aunty balik gak kete sbb carik ktorang dan bermula lahh kisah kegembiraan kami bersuka ria
di Nickelodeon world...................






Wonderpets



Dora The Explorer




Duduk-duduk



Spongebob




Kakak Kucing




Terima Kasih semua
MAryam, Aunty Ju, Asri, Ajwad dan Pakgad............haha

Sabtu, 6 Mac 2010

Snowman dan ABC

PAda suatu hari yang bosaaaannnnnnnnnnn
Iowa telah dilanda Blizzard yang agak kuat dan kami satu rumah terasa sangat bosan kerana aktiviti yang terhad pada ketika itu. tak dapat kelua umah dek kerana salji yang terlalu tebal menyembur2 dan turun bertalu-talu dari langit.
So kami pon decide untuk turun ke bawah dan buat ABC(Air Batu Campur) haha.
Style gakk rr. ais kutip jeee yang baru2 turun tuh.
Berikut merupakan antara gambar-gambar kami:





Tokey



Mirul



ABC




ACAP

Di suatu hari yang lain pula, tiba-tiba je jadi trend kat Facebook masukkan gamba2
snowman, So aku n tokey ape lagi, start arr buat snowman kat beranda luar umah ktorang nii.

Dengan berbekalkan, senduk, mangkuk dan kuali kami memulakan kraftangan kami:














Mampat2 Ais



Art Designer


Hasilnya:



MR. Malaysia (With Hands)




Mr Malaysia

Khamis, 4 Mac 2010

Chicago

Chicago merupakan sebuah bandar besar di Illinois. Memang betul-betul besar gile dan busy gile2. Kitorg sampai kat chicago time malam dan stay kat umah Aunty SAra, salah seorg pegawai MSD(MAlaysian Student Dept.) di situ. MAse mula2 masuk chicago daripada IOwa memang sakit hati betul laa. Setiap 10 minit je kene tol. tensen2. Kami stay di Chicago selama satu hari jek. Esok malam tuh dah blaa.

Chicago laa bandar pertama yang buka mata kitorang sume tentang betapa besarnya dan modennye US ni. Selama di Iowa sepanjang satu sem FAll tuh, mentaliti kitorang sume asek pikir yang MAlaysia lagi maju daripada US (sbb bangunan kuat2 tggi pon 3 tingkat je kat IOwa ni). bangunan2 kat Chicago mmg besar gedabak n pencakar langit gakk laa.


Sesampainya malam tuh, kami semua berkenalan dengan family Aunty SAra: Uncle Mud, NAsir, dan NAdia.

Pagi esok tuh, lepas makan2 breakfast yang disediakan gadis2 sunti yang membantu Aunty Sara, kitorg maen snowball fight, buat snowman dan bersihkan kete yang tertimbus snow.



Membuat Snowman Di depan rumah Aunty Sara



Sejuk2 pastu plak lupe bawak glove, dek kerana excited aku maen gak bare-handed. hahah best gle main snow! drpd kecik kot teringin.......huhuhuhu. kitorg siap amek katilnya rangka buat jadi markas utk penghalang lawan 2team. menarek gle!!!
Akan tetapi, malang tidak berbau. MAse team aku da nak menang and conquer team satu lagi, aku salah lompat dan injured lutut lame terjadi kembali. Team aku di-declare kalah kerana General Down. hahaha
Ni ade video sket aku share






Then NAdia ajak pergi Old Orchard(mcm shopping complex) bersama budak2 Indiana-bloomington





Lepas tu, dengan kepakaran dan pengalaman Ajwad, kitorg sume bergerak ke stesen train
untuk pergi ke pusat bandar Chicago. (1st time naik tren kat US)




Tunggu Train kat stesen









Daripada stesen tengah2 bandar tuh kitorang naek Cab dan pergi ke Millenium Park. Time tu sejuk gile and mmg tengah hujan salji. brrrrrrrr


KAt Depan kacang besar Millenium Park



Kat DEpan Dinasaur besar Millenium Park






Millenium Park


Selepas Millenium Park, Kitorang makan kat kedai Thai depan tuh then balik Straight pg KFC HAlal plak.






Gambar bersama dak2 Michigan State Uni+ Indiana Bloomington



Then malam tuh pukul 1 pagi trus bergerak ke Purdue Uni,Indiana.

USA dan Winterbreak



Ni haa gamba mase before aku pegi Florida cuti Winterbreak sem lepas




Kali ni aku nak tulis mengenai ape yang aku buat masa Winterbreak 2009,
Kami pelajar-pelajar dari Drake University, Des Moines, Iowa dan 2 org pelajar IOwa State University telah pergi roadtrip throughout 12 states around United States of America. Buat pengetahuan umum, kat US ni total sume ada 50 negeri, so kitorg da conquer 12/50 arr daripada negeri2 kat sini. States yang terlibat termasuklah IOwa, Illinois, Tennessee, Kentucky, Georgia, Florida, Louisiana, Missouri,Indiana, Alabama,Mississippi, Arkansas Selain trip ni, aku jugak dah pernah pegi Minnesota mase Fallbreak dlu. so Total 13 states gak rr aku dah pernah jejak kaki.

Dalam post2 yang akan datang, aku akan tulis kan laaa
ape yang aku buat kat setiap states dan ape yang telah aku lalui di setiap daripadanya. hehe

Tujuan aku menulis dan update blog ni maybe sebab aku saje nak ilangkan busan
and 2nd sebab, mesti best kan kalo busan2 baca2 terkenang r plak kisah2 lalu.
So selamat membaca dan melihat2

Sabtu, 6 Februari 2010

Akhirnya Di US

SEtelah lama tak update blog ni, tiba-tiba aku rasa macam nak menulis sesuatu laa pulak
Mungkin sebab bosan melampau kat us nii kott...........

Kali terakhir aku mencoretkan sesuatu adalah tika mana aku berada di Malaysia dahulu, seorang pelajar di Taylors College....... Hidup ku rasakan penuh kekosongan dan kebosanan yang melampau.

Tetapi, kali ni aku sudah berada di tempat lain ribuan batu jauh dari Malaysia. Aku kini di salah sebuah negeri di United States of America, di pusat negeri IOWa, di DEs Moines dan aku masih rasa bosan. entah mengapa mungkin hidup aku yang ku rasakan best ni perlukan sesuatu pengisian bagi mengubat kebosanan ini?? ntah laa.

nak masuk gamba ar camni
gambar-gambar sepanjang di US