Isnin, 27 September 2010

Germany


Selepas beberapa hari di London, Aku dan Sydi meneruskan perjalanan kami ke Germany.

Kami tiba di Airport Frankfurt dalam keadaan yang serba biol kerana masalah bahasa dan komunikasi. Bahasa Germany sangat mencabar dan memang aku tak faham langsung. Di Germany, pelbagai pengalaman, pemandangan dan manusia baru kami temui!


Pemandangan yang CAntekkk!!!



Daripada Airport, Zuhaili datang bersama Lan(senior beliau) menjemput kami. Sepanjang perjalanan menuju ke Bingen, pemandangan di sekeliling lebuhraya dan sekitarnya sangat memukau mata jugak ah. Rumput hijau yang terjaga, bukit-bukau yang macam beralur-alur, suasana kedamaian yang tak pernah aku rasai dan paling best, udara nyaman yang seakan-akan bebas pencemaran.........


KAwan-kawan baru yang baik hati


Di universiti Zuhaili(KAwan KISAS), aku berkenalan dengan kawan-kawan Melayu lain yang sangat-sangat baik hati dan cermat dalam percakapan. Sikap jujur dan penyayang yang dah lama aku tak jumpa semenjak aku berada di Drake secara tiba-tiba aku rasakan semula....
Terasa senang dan tak perlu berwaspada bila bersama diorang ni semua.







Selepas aku keluar dari hospital pula, aku berkenalan lagi dengan kawan-kawan baru yang lawak, bersikap terbuka dan mempunyai sikap menghargai manusia yang sangat tinggi. Mereka-mereka ni daripada universiti lain datang ke Bingen untuk sama-sama berjumpa dan di sana kami barbeku bersama-sama..........

Petang selepas bbq, semua pergi bermain futsal kecuali aku sebab kaki aku sakit dan aku masih belum elok langsung daripada tragedi batu karang aku....
Malam tu pula, ade sebahagian daripada diorang yang balik dan ada juga yang stay dan kitorang pon tengok movie ramai-ramai. Taksilap aku movie 'step up' kot.

Semasa aku ke Hiedelburg pulak, aku berkenalan dengan Salam daripada Um dan adik die Qusyairi daripada Canada. kami spend tyme yang sangat berharga jugak laa bersama-sama. Dan semua-semua daripada mereka ni, aku dah add FB diorang. Semoga kami still keep in touch dan hargai hubungan yang telah terbina tu.


Tragedi Batu KArang



Pagi hari ke2 semasa aku di Germany, aku masih ingat masa tu pagi Jumaat.
Kerana Zuhaili yang tak biasa memandu dan kami sangat memerlukan stok ayam Halal untuk bbq pada pagi esoknya, aku pon memandu kereta sewa kami tu menuju ke BandaR Mainz untuk membeli stok makanan halal.
Setelah 15-20 minit memandu, secara tiba-tiba aku terasa keadaan yang sangat tidak selesa pada pinggang belah kiri aku. Aku cuba ubah posisi duduk aku tapi rasa tidak selesa itu berubah kepada kesakitan. Sekiranya aku terus memandu, aku mungkin pitam dan kemalangan akan berlaku jadi kerana tiada alternatif lain aku memberhentikan kereta di tengah-tengah lebuhraya dalam keadaan kereta yang laju-laju belaka.
Pada waktu itu, hanya ada aku, zuhaili dan Lisa(seorang gadis melayu kawan Zuhaili) di dalam kereta. Masalah belum selesai kerana Lisa dan Zuhaili tidak pernah memandu dan tidak pandai menggunakan GPS semasa memandu dan kami pula berada di tengah-tengah lebuhraya yang seakan-akan tiada had laju. Zu terpaksa jua memandu dan aku menggunakan sekala kudrat tenagaku untuk kekal terjaga dan mengajar zuhaili macamana untuk menggunakan GPS tersebut. Perjalanan diteruskan..........

Sesampainya di kedai Turki penjual daging itu, keadaan aku semakin kritikal. Lisa dan Zu berusaha mencari klinik yang terdekat. Aku masih tertanya-tanya tentang apa sebenarnya punca kepada masalah badan aku ini. Usaha mereka berjaya dan aku tiba di klinik. Di klinik, perempuan pekerja kaunter menerima kad insurans ku tetapi aku lupa membawa passport aku........ Aku terpaksa membohong dan mengeluarkan lesen memandu Amerika Syarikat dan mengaku sebagai seorang penduduk tetap USA. Selesai part 1.
Aku yang dalam keadaan kritikal tidak di bawa terus berjumpa doktor, malah terpaksa menunggu di bangku luar bersama pesakit-pesakit luar. Kudrat mulai hilang tatkala melihat Zuhaili cuba meyakinkan jururawat untuk membenarkan aku berjumpa doktor secepat mungkin. Mata aku berkerlipan beberapa kali dan bayangan terakhir yang aku nampak adalah wajah Lisa. Aku PENGSAN.........|-)|-)|-)





Aku terjaga dan muncul wajah seorang jururawat German yang cun bersama seorang doktor wanita yang agak berumur. Zu dan Lisa turut berada bersama di dalam bilik tersebut. masalah komunikasi terjadi sekali lagi dimana jururawat tidak mahir bertutur bahasa Inggeris. Doktor memeriksa aku dengan alat yang menggunakan sinar radio(alat yang selalu digunakan untuk memeriksa wanita mengandung) dan mengesahkan bahawa aku mempunyai batu karang di dalam ginjalku.
Tidak lama kemudian aku pengsan lagi. |-)|-)|-)|-)Aku terjaga dan berada di dalam sebuah ambulans. Apa yang dituturkan kepadaku oleh salah seorang pekerja ambulans itu gagal ku fahami dan Lisa cuba menyelesaikan segalanya dengan lelaki tersebut. PENGSAN.......|-)|-)|-)

Terjaga dan berada di sebuah hospital universiti di tengah-tengah bandar Mainz. Peralatan yang canggih dan kelengkapan yang mencukupi. Helikopter hospital berterbangan mengambil pesakit-pesakit kecemasan malah pegawai perubatan yang memeriksa aku mahir berbicara Bahasa Inggeris. Aku terasa selamat.....
3 biji batu karang disahkan berada di dalam badan aku dan aku terpaksa bermalam di Wad pada malam itu. Zu, CD dan beberapa sahabat-sahabat Germany lain yang tidak pernah ku temui datang melawat aku di hospital pada petang itu. Aku terasa ingin menangis dan bergenang kelopak mata tetapi berjaya ku selindung. Syukur masih ada yang sayang dan peduli walau berada di sebuah Bumi Asing. Tidak dapat aku bayang bagaimana jadinya andai aku sakit di US. Dalam keadaan sakit ku itu aku masih mampu bergurau senda dan berbual-bual bersama mereka.




MAlam itu aku tidur di wad dan pagi esoknya aku minta keluar. Doktor menyuruh aku menandatangani sebuah perjanjian bila mana seandainya aku mati atau apa-apa yang terjadi terhadap aku, ianya adalah tanggungjawabku sendiri dan bukan kesalahan pihak hospital. Ini adalah kerana ianya adalah permintaan aku untuk keluar dan pihak doktor telah menasihatkan agar aku kekal disana selama seminggu dan melakukan pembedahan. Aku tandatangan surat itu dan pura-pura sihat(tahan sakit) selama aku berada di Germany sehingga lah aku pulang ke Malaysia............... Tidak pernah ku rasa sesukar itu untuk mengukir senyuman tapi aku terpaksa jua demi untuk sebuah kebahagiaan dan pengembaraan yang mendatang.........hehe. Aku akhirnya melakukan pembedahan di Malaysia setelah berhari-hari mengambil pil tahan sakit sahaja.



Bingen













Frankfurt






Mainz
Gambar gagal ditemui karena aku terlantar di hospital ketika ini.


Hiedelburg





Jumaat, 24 September 2010

RAya Chicago

Salam.
Sekali lagi aku sampai ke Chicago pada tahun ini. Namun kali ni dengan tujuan untuk beraya bersama-sama rakyat2 Malaysia lain yang berada di kawasan berdekatan.

5 Kereta daripada Drake bergerak menuju ke Chicago pada petang Jumaat dan tiba semula ke Des Moines pada malam Ahad.

Antara aktiviti2 menarik termasuklah Beraya, Melawat Chicago, KFC halal, dan melawat Iowa City. tapi gamba2 ini hanyalah gamba2 cilok di FB so kualiti agak rendah. Aku tengah tunggu gamba kamera afiq sekarang.




Jumpe Nabil kat Chicago. member kamceng ni daripada Form 1-3 satu Dorm kat Dorm 76.



Akhirnya Bergamba jua dengan Mai dan Nadia




Berpisah di Taylors dan bertemu di Amerika Syarikat. Taylors dak2 MAra 1st batch



Lame gila tak jumpe Emir ni. Rupe2nye Die kat Purdue



Gamba beramai-ramai Drake di Chicago. Mariam Asri Nawar dan Fiza takde......

Tergerak hati

Entah kenapa petang ni rasa macam tergerak hati pulak nak update blog ni
Mungkin sebab rasa free kot. maybe akan ade update2 lain dan nantikannya kawan-kawan pembaca sekalian!

:-)

Raya

Kali ini aku nak tulis post mengenai RAya Aidilfitri yang aku lalui pada tahun ini.
Tahun ni tahun kedua aku beraya di US ni dan harap jadi tahun terakhir jugak laa raya disini.

Kami dari Drake University yang berada di Des Moines gerak ramai2 pergi Ames beraya bersama student Malaysia lain di Iowa State Uni.
Raya tahun ni agak meriah kerana bilangan pelajar yang bertambah sebanyak 4orang daripada Drake dan 30+ daripada ISU.

Berikut merupakan antara gambar-gambar perayaan kami pada tahun ini.




Potret Rumah Agam = kami 8 sekeluarga yang baru pindah ke rumah tapak masjid
Acap, Ajwad, kaber, Ren, Mirul, Afiq, Shamel, Wafi



Gamba Ramai-ramai di Ames Drake+Isu. Aku datang lambat.......



Hari Raya tahun ni juga merupakan Birthday saudari Nurul. 9-11. Hadiah tapawe sket



Gamba Semua Student Drake Fall 2010



Selamat Hari Raya Cupcakes oleh Budak2 rumah Mai





Overall aku rase bahagia je sepanjang raya tahun ni tapi still memang miss family kat Malaysia gile2 ah. Pagi raya mase call Ala pon dengar macam meriah gile2 je Raya kat Kelantan tahun ni. huhu
takpe2 tahun depan balik dah.......