Ok so post aku kali ini adalah mengenai persoalan yang agak kerap dipersoalkan dikalangan masyarakat atau rakan2 sebaya yang umur range2 aku sekarang ah. DAlam umur 21-23. Agak kerap jugak ah kedengaran atau kelihatan unsur2 sokongan dan bantahan mengenai isu kahwin awal ini.
So, sebenarnya kenapa manusia ni sendiri berkahwin sebenarnya ek?
Antara sebab2 kite ni kahwin adalah untuk sempurnakan instinct dan fitrah kite, atas dasar curiosity, atas dasar kasih sayang, perikatan antara 2 keluarga, kerana dah sampai masa, kerana tiada jalan lain, kerana nak anak, kerana nak someone utk sharekan harta dan ribuan jutaan sebab2 lain lah.
Jadi aku pon taip di Google satu quote ni; "Kenapa berkahwin" dan ini cam antara resources2 yang aku dapat cam ada kaitan dengan Quran and Sunnah gak lah.
1- Kahwin kerana mengikut sunnah RAsulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah SAW :
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya : Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a. bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan.
Mendengar hal itu semua, Rasulullah SAW memuji kepada Allah dan bersabda, “Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.”
2-Berkahwin kerana ianya membuka pintu rezeki
Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
3-Berkahwin kerana ingin mendapat zuriat
Allah SWT telah berfirman :
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’)
DAn sebenarnya ada pelbagai2 lagi laah sebab lain.
Tapikan, sume2 ni macam tak menjawab je kenapa perlu kawen awal?
So kan, sebenarnya topik ni cam tibe2 terdedah sebab cam aku nak sharing skey, antara kawan2 atau sdare ke knalan aku umur2 aku ni ah yang da kawen ni sape.
KISAS: Aemirul, Anas, Sarah, FAthiyah. rasenye ade yang laen tapi aku cm xknal sgt atau xnah dgr name sgt
SMKAKS: Muhsin
SAudara: yang terbaru kahwin abng yo dgn RAfi ah.
Antara alasan2 yang dipergunakan oleh pihak2 tertentu adalah seperti berikut:
1-Kenapa KAhwin lambat?
-lek lu, aku muda lg xabes enjoy life lg kot
-aku cam tak jumpe orang yang sepatutnya lagi kot?
-sebenarnya orang2 yang kahwin awal ni tak berapa nak knal dunia lg laah, aku nak matang abes2an da prepare baru aku kahwin kot
2-Kenapa mesti kahwin awal?
-ana sebenarnya nak elakkan maksiat
-Sebab dah sampai masa untuk aku bertanggungjawab dgn diri aku dan diri wanita yang aku cintai ni
-Dia lah segalanya untuk aku, Aku YAKIN! drpd ktorg terus dalam hubungan yang tak pasti, better ktorang kukuhkan hubungan ktorang ni dengan perkahwinan
3-Kenapa plak aku nak kene kawen?
-pompuan banyak kot. aku nak sape2 ble2 mase pndai2 laah aku carik
-aku sebenarnya mandul, kalau kahwen pon ksian kat bini aku nanti uh
-Aku nye awek dlu meninggal eksiden, sampai skrg aku xdpt move on lupekan die sbnrnye
4-Aku cam rase nak terus hidup bujang je kot.....
-Terlalu banyak hatiku ini disakiti...... ku tidak lg rela untuk d permaenkan!
-Muke aku ni tak ensem, sape sangat lah nak kat aku ni?
-bagi aku bujang ni bebas, Aku tidak suka akan komitmen. Ia bagaikan sangkar.
Entah laa weyh. sebenarnya aku pon tak berapa tahu ape jawapan sebenar disebalik soalan ni
Tapi itu kata mereka, anda pula bagaimana?
Wuut2
1 ulasan:
aku kata, jom kawen 4!
Catat Ulasan