Hurm, kali ni aku rasa aku nak share tentang salah satu daripada hobi aku iaitu aku ni seorang yang selalu gila baca Komik oh!
So, baru2 ni aku cam tertaksub dengan satu komik ni laah. komik ni cam unsur2 mafia gangster2 sikit. mungkin ni efek cite KL Gangster ke aku tak taw laah.
Tapi aku tak galakkan sangat pembaca untuk membaca komik ni laa. sebab terkandung unsur2 gejala yang kurang sihat didalamnya.
So aku letak name main character ni RYU ah.
alkisah, Ryu merupakan seorang anak yatim piatu yang keluarganya telah dibunuh oleh kumpulan mafia terbsar di negaranya. Selepas kehilangan segalanya, Ryu meluahkan perasaan cintanya pada seorang gadis sekelas dengannya dan gadis tersebut menolak beliau dengan alasan ingin menjadi seorang polis di negara jiran. Keesokan harinya, gadis tersebut berhenti sekolah dan hilang daripada hidup Ryu.
Kemudian, Ryu berhenti sekolah dan bekerja keras untuk mengumpul duit dalam mengejar gadis pilihan hatinya. Setelah setahun, Ryu berjaya mengumpul duit secukupnya dan tanpa berfikir panjang terus pergi ke negara jiran untuk mengejar impiannya. WAlaubagaimanapon, keadaan tidak seperti yang disangkakan. Ryu gagal mendapat sebarang pekerjaaan dan gagal menemui gadis yang dicintai. Ryu menganggur selama setahun.
Suatu hari, melihat keupayaan Ryu menewaskan beberapa gangster yang cuba meminta duit perlindungan daripada seorang pakcik tua, sekumpulan Mafia telah cuba menarik Ryu untuk menyertai pertubuhan mereka. Akan tetapi, setelah gagal mengajak Ryu ikot serta, mereka berpakat untuk mengambil Ryu sebagai bos mereka.
Bermula daripada situlaah proses penceritaan bermula.
Daripada niat ingin menyelamatkan seorang kawan wanita yang dirogol, Ryu bertekad untuk melindungi semua manusia teraniaya di bandar tersebut dan dia berjaya menewaskan sindiket yang mengawal bandar tersebut. Bandar itu kemudian menjadi jajahan takluk Kumpulan Ryu.
Selepas itu, kerana provokasi dan isu-isu lain yang tidak dapat dielakkan, Ryu dan rakan2 menyeru perang keatas sebuah Casino terbesar di negara itu dan akhirnya Ryu juga berjaya merampas kuasa dan memprkuatkan kedudukan kewangan kumpulannya.
Selepas itu, Ryu juga telah tertarik dalam konflik masalah dalam industri hiburan dan untuk menyelamatkan kawan-kawan barunya. Ryu pula berjaya meraih dan memenangi syarikat hiburan terbesar di tanah air tersebut. Kini, kumpulan Ryu merupakan kumpulanmafia terbesar, terkaya, dan terkukuh di negara tersebut dan mereka hanya bermula dengan 3 orang ahli sahaja.
Komik ni agak menarik dan bg aku sgt2 best.
Inspirasi oh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan